SAVING KETUL EMAS MEMANG BERBALOI. UNTUNG 18% - 28& SETAHUN. KALIS INFLASI. CALL SHAHRUDDIN 019-2207789

| PRINSIPAL | JAMINAN | TESTIMONIAL | JUAL/BELI | EMAS | PERAK | STANDARD| MALAPETAKA FIAT MONEY |

TESTIMONIAL

a. TESTIMONIAL GADAIAN
Agrobank merupakan salah satu alternatif bagi mereka mereka yang hendak menggadaikan jongkong emas dan dinar emas.

Pengalaman catatan En Syukor jutawan emas.com
Baiklah, untuk kali ini saya akan bercerita pengalaman menggadaikan emas di Ar-Rahnu Agrobank.

Bagaimana menggadaikan emas di Agrobank?

Pada 4/3/2010 saya telah menggadaikan jongkong emas dan dinar emas Public Gold di Ar-Rahnu Agrobank Jalan Hang Tuah, Melaka:

Ia termasuk:

- 3 keping jongkong emas 20 gram Public Gold
- sekeping Dinar Emas Public Dinar (5 Dinar)
- sekeping Dinar Emas Public Dinar (10 dinar)

Tujuan saya menggadaikan produk-produk ini ialah:

1. Untuk melihat samada berat dan ketulenan produk Public Gold adalah tepat
2. Untuk mendapat sedikit modal dan rolling untuk business saya
3. Mendapat info lengkap tentang cara-cara menggadai di Agrobank
4. Melihat samada jongkong emas dan dinar diterima oleh Ar-Rahnu Agrobank.

Untuk menggadai di Agrobank – anda perlu membawa benda-benda berikut:

1. Jongkong emas dan dinar emas
2. Sijil emas tersebut
3. Kad pengenalan pemajak.


Pengiraan.

Nilai pinjaman yang diberikan adalah 60% – 65% daripada nilai emas.

Jika anda memajak untuk kali pertama, anda akan mendapat 60%. Tetapi untuk kali kedua dan seterusnya anda boleh mendapat sehingga 65% daripada nilai emas.

Memandangkan saya pernah memajak kat Agrobank maka saya dapat meminjam 65%.

Ini adalah pengiraan untuk 3 keping jongkong emas 20 gram yang dipajak:

Rate pajak pada hari itu ialah RM118.20 segram
Jadi, 60 gram x RM118.20 = RM7092 –> (ini adalah nilai emas)
Nilai pinjaman = 65% x RM7092
= RM4609.80 –> dibundarkan kepada RM4600.00
Jadi, Agrobank akan memberikan saya tunai sebanyak RM4600.00

Jadi, upah simpan yang dikenakan kepada saya berdasarkan margin pinjaman 65% ialah:
(RM7092.00/100) x 0.75 = RM53.19 sebulan
RM55.13 x 6 = RM319.14

Jumlah upah simpan selepas 6 bulan = RM319.14.

...read more


B. TESTIMONIAL KEUNTUNGAN

"Saya telah melabur dalam Unit Dana Bersama (Mutual Unit Trust) sejak tahun 2006. Daripada tahun ke tahun, dividen yang dibayar tidak membawa pulangan yang memuaskan malahan ada satu dana yang membawa kerugian. Jadi saya terfikir, "adakah pelaburan yang membawa jaminan keuntungan kepada pelaburnya tanpa ia merugikan atau jatuh merudum?". Saya telah membuat kaji-selidik di internet berkenaan pelaburan yang memberi jaminan keuntungan kepada pelaburnya sehinggalah saya menemui satu laman sesawang berkenaan EMAS yang dikendalikan oleh En Syukor (Mahaguru Emas). Selepas itu saya telah menghadiri ceramah Public Gold yang disampaikan oleh En Syukor. Ia membuka minda dan menambah ilmu tentang EMAS dan tanpa berlengah saya terus mendaftar dengan Public Gold sebagai Dealer walaupun pada ketika itu harga EMAS mencecah US$1000.00 per auns.

Tidak dinafikan EMAS mempunyai aura tersendiri untuk dimiliki oleh sesiapa sahaja terutama kaum wanita. Public Gold menyediakan peluang kepada saya untuk memiliki EMAS dan PERAK. Peluang keEMASan ini dapat saya kongsi bersama dengan saudara-mara dan sahabat-handai. Sekarang saya yakin, EMAS dan PERAK adalah jawapan kepada persoalan saya selama ini....EMAS dan PERAK......sebagai aset kekayaan
."
Mahmud Shukri Bin Muhamad, 29/5/2010

"Terima kasih kepada Public Gold Fine International telah membuka ruang kepada rakyat Malaysia untuk melibatkan diri dengan pelaburan emas dan perak . Selain menyimpan sebagai pelaburan untuk masa hadapan, juga memberi peluang kepada sesiapa yang ingin menjadi peniaga emas. Dengan pengurusan yang baik, sistem jual-beli 24 jam, stok yang sentiasa ada dan mudah dapat, Public Gold adalah pilihan yang tepat. Di samping itu kehebatan & keunikan emas itu sendiri, serta nilai emas yang semakin naik, sudah pasti ianya memberi pulangan yang terbaik. Jangan lepaskan peluang untuk jadikan emas sebagai salah satu portfolio anda mulai sekarang. Jom Simpan Emas!"
(Executive, Private Sector) Md Hanisham Bin Rahmat, 17/5/2010

...read more

No comments: